Seorang bayi perempuan ditemui di tempat parkir kenderaan depan sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru, Sabtu lalu.

JOHOR BAHRU – Sepasang remaja ditahan sekitar Taman Universiti, Skudai di sini awal pagi tadi bagi membantu siasatan kes penemuan bayi perempuan di tempat parkir sebuah surau di taman itu, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Radin Ramlan Radin Taha berkata, seorang lelaki berusia 18 tahun dan wanita berusia 19 tahun di sekitar kawasan taman berkenaan pukul 2.15 pagi.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ujian air kencing yang dijalankan ke atas mereka adalah negatif.

“Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk permohonan reman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu membuang atau menyembunyikan bayi dengan niat meninggalkan bayi tersebut.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta sentiasa mematuhi undang-undang demi keselamatan masyarakat.

Terdahulu tular video memaparkan penemuan bayi tersebut yang diletakkan atas tempat parkir kenderaan sekali gus menimbulkan simpati dan kemarahan netizen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast