KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam ) telah mengaktifkan Program Prihatin untuk menyediakan bantuan kewangan bersasar kepada pelanggan terjejas akibat ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang berterusan.

Langkah ini bertujuan meringankan tekanan kewangan segera, menyokong kesinambungan aliran tunai, serta memperkukuh daya tahan pelanggan dalam tempoh ketidaktentuan yang semakin meningkat ini.

Menurutnya, bantuan akan disediakan melalui penyelesaian yang disesuaikan dan berasaskan keperluan bagi pelanggan individu dan perniagaan, dengan mengambil kira keadaan kewangan masing-masing.

Di bawah Program Prihatin ini, pelanggan Pembiayaan Rumah-i, Peribadi-i dan Kenderaan-i yang layak boleh memohon penangguhan pembayaran sementara tertakluk kepada terma dan syarat.

“Dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik yang semakin meningkat, Bank Islam mengakui kesannya terhadap individu dan perniagaan adalah berbeza-beza serta akan terus berubah.

“Bank kekal komited sepenuhnya untuk bekerjasama rapat bersama pelanggan dengan memahami keadaan khusus mereka serta menyediakan bantuan kewangan yang tepat pada masanya dan bersesuaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Bank Islam, bagi memastikan pelanggan dapat mengakses sokongan dengan mudah dan tepat pada masanya, bantuan boleh dimohon melalui pelbagai saluran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast