Herve Renard. Foto BBC.

LONDON – Arab Saudi membuat kejutan apabila memecat ketua jurulatih dari Perancis, Herve Renard daripada tugas pengendali pasukan iaitu kurang dua bulan sebelum sepak mula Piala Dunia 2026.

Renard, 57, kembali mengemudi skuad Arab Saudi pada penghujung 2024 bagi kali kedua selepas pernah membawa pasukan itu ke Piala Dunia di Qatar, termasuk mencipta kejutan menewaskan Argentina di peringkat kumpulan.

“Arab Saudi sudah layak ke Piala Dunia sebanyak tujuh kali termasuk dua kali bersama saya.

“Sekurang-kurangnya saya bangga kerana menjadi satu-satunya jurulatih yang membawa mereka melalui kelayakan dan ke pentas Piala Dunia pada 2022,” katanya lapor Arab News.

Renard sebelum ini membimbing Arab Saudi dari 2019 hingga 2023 sebelum digantikan oleh Roberto Mancini selain pernah mengendalikan skuad wanita Perancis hingga ke suku akhir Piala Dunia Wanita 2023 dan Sukan Olimpik 2024.

Dia kemudian dipanggil semula menggantikan Mancini yang meninggalkan pasukan selepas tempoh 14 bulan yang kurang memberangsangkan.

Sementara itu, bekas pemain antarabangsa Greece, Georgios Donis dilaporkan menjadi calon utama menggantikan Renard dengan rundingan sedang berlangsung antara persekutuan dan kelab Al Khaleej yang kini dikendalikannya.

Pada Piala Dunia 2026, Arab Saudi diundi dalam Kumpulan H bersama Sepanyol, Uruguay dan Cape Verde. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast