Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah di Kampung Tasek di sini, semalam. Foto tular

IPOH – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah di Kampung Tasek di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang memaparkan seorang lelaki tidak dikenal pasti menaiki sebuah motosikal.

Menurutnya, bagaimanapun nombor pendaftaran serta jenis motosikal tersebut tidak dapat dikenal pasti dengan jelas.

“Siasatan awal mendapati suspek telah mengambil pakaian berkenaan kira-kira 12.51 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai diminta supaya meningkatkan langkah keselamatan di kediaman masing-masing, termasuk memasang pagar dan sistem keselamatan serta memastikan persekitaran rumah sentiasa berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” ujarnya.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang lelaki menaiki motosikal berhenti di hadapan sebuah rumah dan mengambil pakaian dalam wanita dari penyidai sebelum bertindak melarikan diri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast