Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri

KUALA LUMPUR – Konsulat Malaysia di Pontianak menghulurkan bantuan konsular sewajarnya bagi membantu urusan seorang rakyat Malaysia yang maut dalam nahas helikopter Airbus H130 yang terhempas di Kalimantan Barat, Khamis lalu.

Kementerian Luar Negeri memaklumkan, pihaknya turut melakukan penyelarasan dengan pihak berkuasa Indonesia, majikan serta keluarga untuk membawa pulang mayat Patrick Kee Chuan Peng ke Malaysia.

Menurut Wisma Putra, kerjasama erat antara semua pihak terlibat amat penting dalam menguruskan perkara berkenaan, khususnya dalam situasi melibatkan kematian di luar negara.

“Kementerian Luar Negeri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluaga mendiang atas kehilangan yang dialami,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Timbalan Operasi dan Kesiapsiagaan Badan Nasional Mencari dan Menyelamat (Basarnas) Indonesia, Edy Prakoso dipetik berkata, seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang terkorban dalam nahas terbabit.

Katanya, warga Malaysia itu merupakan seorang daripada enam penumpang pesawat malang berkenaan yang turut membawa dua kru iaitu seorang juruterbang dan seorang juruteknik.

Edy berkata, proses penyerahan mayat kepada ahli keluarga sedang dijalankan susulan prosedur pengecaman yang telah selesai. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:-

Rakyat Malaysia antara lapan terkorban dalam nahas helikopter di Indonesia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast