Foto FB Coventry City.

LONDON – Coventry City akan kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan, sekali gus menamatkan penantian selama 25 tahun apabila kali terakhir bersaing dalam EPL pada musim 2000/01.

The Sky Blue Army tersingkir ke divisyen keempat pada 2017 selain pernah memiliki masalah kewangan, isu pemilikan dan tiada venue tetap.

Namun cerita kebangkitan itu wajar menjadi inspirasi kelab lain kerana Coventry mampu menamatkan tempoh 9,113 hari mereka untuk kembali bersaing dengan gergasi England.

Frank Lampard.

Ia turut dibantu magis bekas pemain England dan Chelsea, Frank Lampard yang membawa pasukan itu merealisasikan impian selepas lama menapak dalam divisyen kedua.

Coventry bakal mengakhiri kedudukan selaku juara liga selepas berada 11 mata di hadapan.

Sepanjang 43 perlawanan, mereka memenangi 25 aksi dan menanti masa untuk merangkul kejuaraan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast