Tangkap layar video tular kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands.

KUANTAN – Polis terima dua laporan mengenai kenderaan yang terjejas akibat banjir lumpur di kawasan Taman Habu Height, Ringlet di Cameron Highlands petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian banjir kilat di kawasan itu kira-kira jam 2.30 petang.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, kejadian banjir kilat berpunca daripada hujan lebat yang berlaku bermula jam 2 petang di daerah ini.

“Air bercampur lumpur dipercayai mengalir dari kawasan Habu Height sekaligus menyebabkan limpahan ke jalan utama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian itu dan air telah surut sejak jam 4 petang tadi seiring hujan yang berhenti.

Azri berkata, kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas juga sudah dilaksanakan pihak Roadcare.

Justeru, beliau menasihati masyarakat agar sentiasa berwaspada terutama ketika hujan lebat serta tidak sesekali menularkan maklumat-maklumat yang tidak sahih sebelum merujuk kepada pihak berkuasa.

Terdahulu, klip video memaparkan kejadian banjir lumpur di kawasan tersebut yang tular di media sosial menuai pelbagai reaksi warganet termasuk mendakwa kejadian itu berpunca akibat penarahan bukit yang berlebihan di kawasan pusat peranginan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast