Bayern Munich meraih gelaran Bundesliga buat kali ke-35 dengan berbaki empat perlawanan.

MUNICH – Bayern Munich telah mengesahkan kejuaraan ke-35 Bundesliga sejak 1965 selepas menewaskan Stuggart 4-2 dalam perlawanan ke-30.

Dalam 60 musim mereka di liga utama Jerman, Bayern telah memenangi lebih daripada separuh jumlah musim satu dominasi yang luar biasa.

Kelab Bavaria itu kini telah memenangi 13 daripada 14 gelaran Bundesliga terakhir dengan keseluruhannya merangkul 35 kejuaraan liga – tiada pasukan lain yang mencapai dua angka.

Dengan empat perlawanan berbaki, Bayern mengutip 79 mata, 15 mata mengatasi Borussia Dortmund di tangga kedua dengan 64 mata.

Bayern turut mencatat rekod jaringan sebanyak 109 gol iaitu rekod tertinggi dalam sejarah Bundesliga

Setakat 30 perlawanan Bayern mencatatkan 25 menang, empat seri, satu kalah dengan 29 bolos. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast