KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon, Ellie Suriaty menegur sesetengah pihak yang gemar menggunakan perkataan ‘retis’ untuk merujuk kepada penggiat seni tanah air.
Ellie yang juga Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 melalui filem Telaga Suriram menyifatkan panggilan itu sebagai penghinaan terhadap pekerjaan setiap individu yang bergelar artis.
Ellie, 56, menambah, penglibatan setiap artis dalam industri seni tanah air sama seperti pekerjaan lain yang tidak seharusnya diperlekehkan mahupun dipandang rendah oleh seseteng pihak.
“Kami tidak pernah terfikir mahu menyakiti hati hamba-hamba Allah yang lain dengan pekerjaan mereka. Mengapa perlu kamu? Jangan panggil kami ‘retis’,” ujarnya yang juga pelakon Spinning Gasing. – MalaysiaGazette















