Anggota polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian. - Gambar tular.

GEORGE TOWN – Punca kematian remaja perempuan berusia 13 tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Tanjung Tokong di sini, semalam disahkan akibat pelbagai kecederaan parah susulan jatuh dari ketinggian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa pagi tadi.

“Proses bedah siasat dilakukan pada jam 9.10 pagi di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang dan punca kematian mangsa adalah akibat pelbagai kecederaan parah susulan jatuh dari ketinggian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Remaja 13 tahun maut terjatuh tingkat 16 kondominium

Media terdahulu melaporkan Abdul Rozak mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Tanjung Tokong di sini.

Kata beliau, hasil siasatan mendapati mangsa warga tempatan dilaporkan terjatuh dari unit kediamannya sebelum ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat lapan bangunan berkenaan kira-kira jam 5.49 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan pemeriksaan awal di lokasi serta ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu laporan mati mengejut telah dibuka bagi siasatan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast