Aurelien Tchouameni. Foto BBC.

LONDON – Pemain tengah Real Madrid, Aurelien Tchouameni dilaporkan sebagai calon utama pengganti Casemiro di Manchester United

Tchouameni, 26, berada dalam senarai pendek sasaran United namun Real Madrid dijangka menuntut nilai perpindahan yang tinggi jika perpindahan itu berlaku.

Casemiro yang juga pemain kebangsaan Brazil itu akan meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini selepas tiga tahun bersama kelab itu.

Difahamkan Red Devils terbuka untuk berbelanja besar bagi mendapatkan pemain tengah bertahan baharu.

Namun perpindahan Tchouameni juga bergantung kepada sama ada kelabnya berjaya mendapatkan pemain tengah baharu mereka sendiri.

Kelab gergasi Sepanyol itu ketika ini mencari pemain tengah baharu, dengan Rodri dari Manchester City dan Enzo Fernandez dari Chelsea muncul sebagai pilihan.

Kedua-dua pemain itu turut menarik perhatian apabila secara terbuka memberi bayangan mengenai minat mereka terhadap Real Madrid dalam beberapa minggu kebelakangan ini. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast