TANGKAP layar video yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah merujuk kes individu yang membuang puntung rokok dari kenderaan majlis itu seperti video yang tular di dalam media sosial kepada Bahagian Integriti MBSA untuk siasatan lanjut.

MBSA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ia supaya tindakan sewajarnya dapat diambil mengikut Kaedah-kaedah Pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (Kelakuan & Tatatertib) 2023.

Tegasnya, pihak MBSA tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan salah laku.

“Semua warga kerja perlu sentiasa mematuhi peraturan, menjaga imej perkhidmatan awam serta beretika ketika menjalankan tugas.

“MBSA juga akan sentiasa komited untuk memastikan tahap integriti dan profesionalisme warga kerja MBSA sentiasa diperkukuh dari semasa ke semasa,” katanya.

Sejak semalam, tular di media sosial video seorang individu diilihat membuang puntung rokok dari sebuah kereta yang tertera logo dan perkataan MBSA ketika kenderaan itu berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Video itu mencetuskan polemik apabila ramai yang mempertikaikan sama ada agensi berkenaan boleh dikenakan tindakan saman sama seperti orang awam yang melakukan kesalahan serupa. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast