Lamine Yamal. Foto Arab News.

LONDON – Pemain sayap kanan sensasi Barcelona, Lamine Yamal disahkan terlepas baki saingan La Liga musim ini susulan mengalami kecederaan hamstring pada kaki kirinya.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan Sepanyol itu dijangkakan akan turun kembali beraksi di pentas Piala Dunia nanti.

Pemain berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan ketika Barcelona menewaskan Celta Vigo 1-0 menerusi gol tunggalnya hingga menyebabkan dia terpaksa dibawa keluar padang semalam.

“Pemeriksaan yang dijalankan mengesahkan Lamine Yamal mengalami kecederaan hamstring pada kaki kirinya.

“Pemain itu akan mengikuti pelan rawatan konservatif. Lamine Yamal akan terlepas baki saingan musim ini, dan dia dijangkakan akan dapat beraksi untuk Piala Dunia,” kata Barca dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, Sepanyol akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Cape Verde pada 15 Jun depan dalam saingan Kumpulan B. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast