Foto: FB Padini Holdings

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank Padini Holdings Bhd (Padini) dan anak syarikatnya yang berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan.

Menurut peruncit pakaian itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, akaun tersebut telah dibekukan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

“Syarikat ini sedang membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan, dan akaun yang terjejas tidak digunakan secara aktif untuk operasi harian kumpulan itu,” kata Padini.

Kumpulan itu juga mempunyai akses kepada kemudahan perbankan lain bagi menyokong operasi harian perniagaannya yang berterusan.

“Berdasarkan maklumat yang ada pada masa ini, lembaga pengarah berpendapat bahawa pembekuan akaun-akaun tersebut dijangka tidak akan memberi impak kewangan dan operasi secara material kepada kumpulan itu,” katanya.

Menurut Padini, syarikat itu sedang mengambil langkah yang perlu untuk berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan dan akan memberikan kerjasama penuh untuk membantu siasatan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast