ACP S. Vijaya Rao.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang wanita warga asing susulan penemuan mayat seorang lelaki yang juga warga asing berusia 44 tahun di sebuah kediaman di Pelangi Promenade, Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, wanita berusia 32 tahun itu ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 3.15 petang.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara mangsa dan suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan ketenteraman awam.

“Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati menggugat keamanan masyarakat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast