Asyraf Wajdi

JASIN – Majlis Amanah Rakyat (MARA) sudah mengenal pasti pelajar yang terlibat dalam kes tular pakaian sekolah seorang pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang digunting, dipercayai akibat perbuatan buli.

Pengerusinya , Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, siasatan kes kini berada di peringkat akhir selepas laporan diberikan pihak pengurusan MRSM terlibat.

“Sudah, (ada perkembangan) dan kita telah pun mengenal pasti pelaku yang terlibat. Tindakan akan diambil sebaik sahaja siasatan dimuktamadkan.

“Pihak pengurusan MRSM akan terus hantar laporan kepada saya dan siasatan ini perlu disegerakan,” katanya.ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2025 di MRSM Tun Ghafar Baba, di sini hari ini.

Ditanya adalah pelajar terbabit berdepan tindakan dibuang sekolah selaras dengan konsep tindakan tegas ‘ you touch you go’, beliau berkata ia bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan.

“Ada perkara-perkara yang mereka (institusi) tidak laporkan kepada saya, tetapi bila perkara ini tular, saya kira ini ‘lesson learned’ bahawa setiap perkara harus diambil serius.

“Kalau mereka (pelajar) gagal mengawal tingkah laku dan terbukti melakukan buli, kita tidak akan berkompromi kerana MRSM tiada tempat untuk pembuli,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast