HYDERABAD – Seorang penumpang terjun dari sebuah pesawat di lapangan terbang Chennai selepas membuka pintu kecemasan ketika pesawat itu sedang bergerak di landasan  selepas mendarat.

Kejadian itu melibatkan Penerbangan Air Arabia G9 471 dari Sharjah pada pagi Ahad, lapor media tempatan.

Anggota keselamatan mengejar dan menangkap penumpang lelaki tersebut di atas landasan, yang merupakan penduduk daerah Pudukkottai di Tamil Nadu.

Landasan ditutup seketika sebagai langkah keselamatan dan pesawat A320 yang membawa 231 penumpang itu ditunda dengan selamat ke petak parkir. – BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast