MANCHESTER – Manchester United mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan selepas dua tahun tersisih apabila menewaskan seteru tradisi, Liverpool 3-2 dalam aksi dramatik Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, pagi tadi.
Kobbie Mainoo muncul wira Manchester United apabila meledak gol pada minit ke-77 selepas pelawat bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat kedudukan.
Tidak lama kemudian, Benjamin Sesko menggandakan kelebihan tuan rumah hasil sentuhan jarak dekat sebelum Mainoo muncul wira United.
Untuk rekod, kali terakhir United beraksi di UCL adalah pada musim 2023-2024 yang menyaksikan kelab dari England ini hanya menamatkan saingan di kedudukan tercorot kumpulan A ketika itu.
Selain United, dua lagi pasukan yang sudah memastikan slot ke UCL musim hadapan adalah Manchester City dan Arsenal yang kini bersaing hebat merebut kejuaraan EPL di kelompok atasan.
Dua lagi slot wakil England ke pentas UCL menjadi rebutan antara Liverpool, Aston Villa, Bournemouth, Brentford dan Brighton dengan berbaki lagi 3 perlawanan sebelum musim menutup tirai. – MalaysiaGazette















