Mohd Hisham Harun (tengah)

MAKKAH – Kuota 31,600 jemaah haji Malaysia pada tahun ini telah dipenuhi selepas 514 tawaran yang ditolak, sudah diganti sepenuhnya.

Ketua Rombongan Haji, Mohd Hisham Harun berkata, tawaran tersebut ditolak atas sebab kematian, kemalangan, wanita dalam iddah dan masalah kesihatan.

“Ada pelbagai sebab mereka tidak dapat menunaikan haji dan tempat ini (tolak tawaran) akan diganti,” katanya pada media.

Menurut, individu yang dipilih untuk menggantikan tempat ini pada kebiasaanya perlu memberi jawapan segera dan menjalani pemeriksaa kesihatan secepat mungkin.

Jelas beliau, Lembaga Tabung Haji mempunyai susunan bagi individu yang diberi perhatian untuk mengerjakan haji.

Dalam pada itu, Mohd Hisham berkata, seramai 15,175 orang jemaah telah tiba di Tanah Suci pada minggu ketiga operasi haji.

Jumlah itu merupakan 48% daripada jumlah keseluruhan penerbangan.

Setakat jam 10 pagi semalam, seramai 9,878 orang jemaah telah tiba di Makkah, dan 5,297 orang jemaah lagi masih berada di Madinah.

“Perancangan penerbangan untuk membawa jemaah Malaysia daripada Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Sebanyak 50 penerbangan daripada KLIA telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed Abdulaziz, Madinah dan Lapangan Terbang Raja Abdulaziz, Jeddah,” ujarnya.

Mohd Hisham berkata, semua persediaan menjelang kemuncak haji iaitu operasi Masyair juga sedang giat dilaksanakan di Arafah dan Mina.

“Setakat ini, semuanya berjalan seperti yang dijadualkan dan insya Allah, penyedia perkhidmatan di sini sedang berusaha keras bagi memastikan segala persediaan termasuk penginapan dan kemudahan akan sedia sepenuhnya demi untuk keselesaan para jemaah kita,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast