Mohd Hisham Harun

MAKKAH – Jemaah haji Malaysia yang kehilangan Kad Nusuk tidak perlu panik kerana ia boleh diganti.

Ketua Rombongan Haji, Mohd Hisham Harun berkata, setakat ini, sebanyak enam laporan kehilangan Kad Nusuk diterima Unit Khidmat Pelanggan.

Katanya, jemaah yang kehilangan Kad Nusuk supaya memuatnaik aplikasi Nusuk kerana di dalamnya adalah visa digital yang boleh ditunjukkan semasa pemeriksaan di check point.

“Kita memang menasihatkan jemaah haji supaya memuatnaik aplikasi Nusuk di Malaysia lagi sebelum tiba di Tanah Suci.

“Kalau belum buat (muatnaik aplikasi Nusuk), jemaah boleh minta bantuan pengurusan maktab dan Unit Khidmat Pelanggan.

“Bagaimanapun, kita cuba menggantikan kad baharu tetapi ia memerlukan kerjasama dengan Kerajaan Arab Saudi dan Holiday Inn Barakah, syarikat kerjasama TH untuk mencetak kad baharu” katanya hari ini.

Pada masa sama, ujar beliau, TH juga akan mencari kad-kad yang hilang di kaunter Lost & Found.

Tetapi, beliau mengharapkan kerjasama jemaah haji agar menjaga kad tersebut dengan baik dengan selalu dan tidak meletak merata-rata serta selalu digantung di leher. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast