11 pendaki diselamatkan selepas terperangkap di dalam terowong di Sungai Pisang Waterfall Trailhead, Batu Caves, Selangor. Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Seramai 11 pendaki terperangkap di dalam terowong akibat sungai deras berjaya diselamatkan di Sungai Pisang Waterfall Trailhead, Batu Caves dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 4.11 petang.

“Sebaik anggota tiba di lokasi mendapati, Komander Operasi memaklum terdapat sekumpulan pendaki terdiri daripada 11 orang terperangkap di dalam terowong akibat sungai yang deras.

“Pengadu memberitahu mereka tidak dapat menyeberang berikutan laluan terhalang dan anggota sedang naik ke lokasi pinpoint yang telah diberikan.

“Kesemua mangsa terdiri daripada lima lelaki dan enam wanita berusia 22 hingga 24 tahun ditemui dalam keadaan selamat pada jam 5.15 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

11 pendaki diselamatkan selepas terperangkap di dalam terowong di Sungai Pisang Waterfall Trailhead, Batu Caves, Selangor. Foto JBPM Selangor

Terdahulu, katanya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bersama sebuah jentara FRT dikejarkan ke lokasi dengan jarak kira-kira 21 kilometer.

Tambah beliau, pihak anggota bertindak menggunakan tali penyelamatan dan peralatan Personal Flotation Device (PFD).

Ahmad Mukhlis berkata, anggota bomba turut melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan bagi memastikan tiada lagi unsur bahaya atau mangsa lain yang terlibat.

“Operasi terkawal pukul 6.31 petang sebelum ditamatkan pada 7.02 malam,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast