MAKKAH – Seorang jemaah haji lelaki bagi Musim Haji 1447H/2026M meninggal dunia semalam.
Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdullah pada jam 8.01 pagi akibat serangan jantung.
Lembaga Tabung Haji berkata, Allahyarham dari Cheras itu berusia 55 tahun dan datang ke Tanah Suci bersama isteri dan empat ahli keluarga.
Menurutnya, Allahyarham merupakan jemaah daripada kumpulan KT12 dan menginap di Al Kiswah Hotel di Makkah.
Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Asar dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Makkah.
“TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham,” katanya.- MalaysiaGazette
















