Cristiano Ronaldo. Foto BBC.

RIYADH – Cristiano Ronaldo terus melakar sejarah apabila meledak gol liga ke-100 bersama Al Nassr ketika membantu pasukannya menewaskan Al Shabab 4-2 dalam saingan Liga Pro Saudi, awal pagi tadi.

Kemenangan itu meletakkan Al Nassr lima mata di depan carta liga, namun pencabar utama Al-Hilal masih memiliki tiga baki perlawanan berbanding dua buat Al Nassr.

Pada aksi itu, pemain antarabangsa Portugal, Joao Felix muncul wira kemenangan Al Nassr apabila meledak hatrik, namun Ronaldo mencuri perhatian apabila dia kini hanya memerlukan 29 lagi gol untuk mencapai 1,000 gol rasmi sepanjang kariernya.

Sementara itu, keputusan 4-2 itu menyaksikan perebutan kejuaraan semakin sengit dengan Al Nassr hanya memerlukan keputusan positif menentang Al Hilal sebelum aksi terakhir bertemu Damac FC.

Namun aksi Derbi Riyadh menentang Al Hilal pada 12 Mei ini dijangka menjadi penentu kejuaraan liga musim ini. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast