Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Dr. Akmal mengajak semua pihak untuk berdiskusi secara ilmiah demi mencari penyelesaian terbaik kepada isu rakyat dan ekonomi negara.
“Kita jumpa kejap lagi ya. Kita bincang dengan cara berilmiah dan cari solusi yang terbaik untuk rakyat bukan memperbodohkan rakyat. RIMBUN 2.0,” katanya dalam hantaran tersebut.
Dr. Muhamad Akmal yang dikenali sebagai antara pemimpin muda paling lantang dalam membangkitkan isu rakyat dan kepentingan nasional sering mencuri perhatian menerusi pendirian tegas beliau terhadap pelbagai isu semasa termasuk melibatkan ekonomi, pendidikan dan kepentingan Melayu serta Bumiputera.
Beliau juga dilihat konsisten membawa suara generasi muda dalam UMNO selain aktif mendesak pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda rakyat terus diberi keutamaan. – MalaysiaGazette
















