Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat bagi merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 Dewan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 tahun 2026 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan peruntukan Kerajaan Pusat kepada negeri ini.

Dalam satu kenyataan ringkas malam tadi, baginda menegaskan pendirian agar Pahang diberi layanan serta pertimbangan yang saksama.

Menerusi kenyataan itu juga, Tengku Hassanal memetik serangkap pantun yang menimbulkan pelbagai interpretasi masyarakat ditujukan kepada Anwar.

“Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati,” titahnya.

Semalam, Anwar berkata, beliau akan meminta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyediakan penjelasan menyeluruh berhubung peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Pahang, untuk dikemukakan kepada Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Anwar mengeluarkan kenyataan itu susulan titah diraja Tengku Hassanal sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 Dewan Negeri Pahang ke-15 semalam.

Dalam titah tersebut, Tengku Hassanal menzahirkan kekecewaan terhadap beberapa keputusan Kerajaan Persekutuan yang tidak berpihak kepada hak kerajaan negeri ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Pahang berhak tentukan kepentingan negeri sendiri – Tengku Hassanal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast