Rakaman CCTV memaparkan penunggang motosikal warga emas tercampak selepas dilanggar sebuah lori bonder putih di Jalan Desa Serdang.

KUALA LUMPUR –  Polis sedang mengesan pemandu lori dipercaya terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal warga emas maut di Jalan Desa Serdang, Seri Kembangan, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku sekitar ja 9 malam itu membaboykan sebuah motosikal Honda Wave 124 warna merah dan lori bonded warna putih.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila lori  terbabit dipercayai masuk simpang dari jalan utama secara cuai.

“Penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan bergesel dengan motolori tersebut sebelum terjatuh di atas jalan.

“Mangsa berusia 65 tahun hanya dijumpai oleh orang awam selepas kejadian dan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia semalam akibat kecederaan di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil semakan rakaman litar tertutup (CCTV) sebuah kilang berdekatan mengesahkan perlanggaran berlaku antara motosikal dan lori terbabit.

“Bagaimanapun nombor pendaftaran motolori tidak dapat dikenal pasti dengan jelas dan pihak polis sedang mengesan pemandu motolori itu bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor  Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast