Foto Ihsan Maritim Malaysia

PELABUHAN KLANG Sebuah bot penumpang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor selepas didapati beroperasi menggunakan lesen yang telah tamat tempoh di perairan Selangor, di sini, semalam.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot berkenaan ditahan kira-kira 1.3 batu nautika barat laut Sungai Puloh kira-kira jam 3.30 petang ketika anggota penguat kuasa sedang melaksanakan OP Ehsan, OP Tiris 4.0 dan OP Khas Tanjung 2 Siri 1/2026.

“Pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun yang bertindak sebagai nakhoda bersama seorang kru lelaki tempatan berumur 45 tahun.

“Hasil semakan dokumentasi mendapati lesen bot penumpang itu telah tamat tempoh dan gagal diperbaharui sebagaimana syarat yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua kru sebuah bot penumpang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor selepas didapati beroperasi menggunakan lesen yang telah tamat tempoh di perairan Selangor, Pelabuhan Klang pada Isnin.

Beliau berkata, bot berkenaan bersama nakhoda dan kru telah dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal memastikan lesen bot berada dalam tempoh sah,” katanya.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pengusaha bot yang gagal mematuhi syarat sah lesen yang telah ditetapkan.

“Komuniti maritim turut diingatkan supaya sentiasa peka terhadap status lesen serta dokumen operasi bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil.

“Sebarang aduan, maklumat atau insiden kecemasan di laut boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Selangor menerusi talian 013-6606652 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast