Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bercakap pada media pada Majlis Penghargaan Khas Ketua Pesuruhjaya SPRM (ClockOut) di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 12 MEI 2026.

PUTRAJAYA – Semua anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diingatkan tidak melakukan tindakan sabotaj terhadap Ketua Pesuruhjaya baharu, Datuk Seri Abdul Halim Aman.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, semua pihak perlu memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan agensi penguatkuasaan itu berfungsi dengan baik.

Mesti beri kerjasama kepada kepimpinan yang baharu kerana keberadaan bersama SPRM dan juga perlu memberi kerjasama kepada kepimpinan yang baharu adalah amat penting.

“Kalau sekiranya pegawai-pegawai saya tidak memberi kerjasama, bermakna mereka mensabotaj organisasi itu sendiri,” kepada pemberita pada Majlis Penghargaan Khas Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Clock-Out di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Terdahulu Azam melakukan gimik “Clock-Out” sebagai simbolik kepada tamatnya perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM hampir tujuh tahun sejak 2020.

Pada 24 April lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, berkuat kuasa 13 Mei ini.

Dalam pada itu, Azam ketika berkongsi pengalamannya ketika perubahan tampur pentadbiran agensi penguatkuasaan itu baik ketika bersama SPRM mahupun Badan Pencegahan Rasuah (BPR).

“Ini penting dalam mana-mana organisasi, mesti kita semua taat kepada pemimpin walaupun pemimpin itu bukan kehendak kita dan sebagainya.

“Bila datang kepimpinan baharu ini, yang saya tekankan kerana pengalaman saya dahulu pun bersama dengan pegawai BPR.

“Dahulu pun datanglah siapa pun jadi ketua, kita akan taat kerana kita kekal di sini sebagai pegawai yang akan berkhidmat untuk rakyat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast