Kerajaan negeri Tamil Nadu yang dipimpin bintang filem India, C Joseph Vijay selamat dalam undi percaya di dewan undangan negeri dengan selesa pada Rabu. Kerajaan pimpinan parti Vijay, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) yang dibentuk pada 10 Mei itu menerima sokongan parti-parti kecil serta sekumpulan wakil rakyat All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti semasa undi percaya dilakukan.















