Pasukan Polis Marin (PPM) keluar operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia yang terlibat dalam insiden bot karam di perairan Pulau Pangkor. Foto ABDULLAH YUSOF 13 MEI 2026.

IPOH – Mayat ke-12 mangsa bot karam di perairan Pulau Pangkor ditemukan pagi tadi, dalam operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kelima.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak dalam kenyataan memaklumkan mayat wanita itu ditemukan 31.5 batu nautika dari tempat kejadian oleh nelayan tempatan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada aset milik APMM, iaitu PERKASA 1239 dan tiba di Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh pada 2.35 petang tadi,” menurut kenyataan itu.

Operasi SAR yang bermula seawal 7 pagi tadi dilaksanakan dalam radius pencarian meliputi kawasan seluas kira-kira 215.14 batu nautika persegi dari lokasi kejadian.

Operasi turut melibatkan tujuh aset, iaitu Kapal Maritim (KM) Malawali (APMM), Benteng 1203 (APMM), KD Sri Indera Sakti (TLDM) FCB 1001 (TLDM), FCB 1030, PSC 16 (Pasukan Polis Marin (PPM)) dan PSC 24 (PPM) bagi mencari dua lagi mangsa yang masih hilang.

Dalam kejadian 11 Mei lepas, sebuah bot dipercayai membawa 37 migran warga Indonesia dilaporkan tenggelam kira-kira 8.2 batu nautika dari Pulau Pangkor ketika dalam perjalanan menuju ke beberapa destinasi di Malaysia.

Setakat ini, sebanyak 23 mangsa berjaya diselamatkan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast