JOHOR BAHRU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek perlu meletak jawatan kerana didakwa gagal menentang keputusan Kabinet berkenaan keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kedua-dua menteri itu sepatutnya mempertahankan dasar pendidikan nasional dan segala berhubungan dengannya dalam soal saluran kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA).
“Kegagalan dua menteri dari UMNO dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) ini yang menjaga amanah bangsa untuk mempertahankan dasar pendidikan negara dalam isu pengiktirafan peperiksaan UEC ini tidak boleh dimaafkan.
“Mereka berdua perlu meletakkan jawatan dengan segera,” tegasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta SMPC atau UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.
Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA. – MalaysiaGazette

















kononnya berjuang untuk mempertahankan kedaulatan Melayu..HAPRAK