Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M pada Rabu, 10 Zulhijjah bersamaan 27 Mei ini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya berkata, 1 Zulhijjah 1447 jatuh pada 18 Mei 2026 Masihi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa

1 Zulhijah 1447 Hijrah ialah pada 18hb Mei, 2026 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban, 10 Zulhijah bagi Negeri-Negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 27hb Mei 2026 Masihi,” kata kenyataan itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast