Kredit: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan mengeluarkan notis rasmi berhubung tunggakan cukai perkhidmatan (SST) bagi melepaskan dana pelaburan seperti yang tular baru-baru ini.

JKDM memaklumkan surat bertajuk “Notis Rasmi Tunggakan Caj Perkhidmatan (SST) 8 Peratus Dalam Pelaburan” itu adalah cubaan penipuan yang menyalahgunakan nama serta logo rasmi jabatan berkenaan untuk memperdaya orang ramai supaya membuat pembayaran tidak sah.

“JKDM tidak pernah mengeluarkan surat tuntutan bayaran SST berkaitan pelepasan dana pelaburan seperti yang dinyatakan,” menurut jabatan itu menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan dengan itu, JKDM mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan surat, panggilan atau mesej mencurigakan yang menggunakan nama jabatan berkenaan, selain menasihatkan supaya tidak membuat bayaran atau berkongsi maklumat peribadi dengan pihak tidak dikenali.

Menurut JKDM, sebarang urusan rasmi hendaklah disemak melalui saluran rasmi jabatan berkenaan manakala pengesahan lanjut boleh dibuat menerusi Pusat Panggilan Kastam di talian 1-300-888-500.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast