Seramai 17 penumpang termasuk seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki terbakar selepas dipercayai terlibat kemalangan di Kilometer 195.9 Lebuhraya PLUS arah selatan, 3 petang tadi. Gambar- Ihsan JBPM Melaka

ALOR GAJAH – Seramai 17 penumpang termasuk seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki terbakar selepas dipercayai terlibat kemalangan di Kilometer 195.9 Lebuhraya PLUS arah selatan, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, semua mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum api marak membakar hampir 70 peratus bas berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.04 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah bersama bantuan lori tangki dari BBP Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah bas ekspres yang dipercayai berpunca daripada kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seramai 17 penumpang termasuk seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki terbakar selepas dipercayai terlibat kemalangan di Kilometer 195.9 Lebuhraya PLUS arah selatan, 3 petang tadi.
Gambar- Ihsan JBPM Melaka

Tambahnya, pasukan bomba segera mengawal dan memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada tangki jentera.

“Anggaran kemusnahan kebakaran adalah sekitar 70 peratus dan kesemua mangsa terdiri daripada 16 dewasa dan seorang kanak-kanak dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Seramai 10 anggota terlibat dalam operasi pemadaman dan ketika ini punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast