Dua individu ditahan susulan insiden letupan sebuah tong gas helium sehingga menyebabkan seorang maut manakala tiga cedera dalam kejadian di tapak ekspo perniagaan berhampiran Dataran Jam Besar, di Sungai Petani, Kedah, petang semalam.
Dua lelaki berusia 20-an dan 40-an itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan sebarang tindakan cuai.















