Tiga lelaki maut manakala seorang wanita parah selepas kereta dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori simen di Kilometer 34 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur berhampiran Sungai Chinchin, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.35 pagi.














