Kenderaan mewah yang disita dalam Ops Luxury oleh JPJ selepas didapati gagal memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM), dalam tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Foto : Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

KUALA LUMPUR– Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiat Ops Khas Kenderaan Mewah (Ops Luxury) di seluruh negara bagi mengesan serta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kenderaan yang menggunakan kenderaan tanpa LKM yang sah kerana ia merupakan kesalahan serius di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Sehingga kini, sebanyak 1,814 buah sitaan kenderaan mewah telah direkodkan melibatkan pelbagai jenama premium termasuk Porsche dan Lamborghini, dengan 899 sitaan pada tahun 2025 dan 915 sitaan bagi tahun 2026,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa penggunaan kenderaan tanpa LKM yang sah bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh menyebabkan kenderaan tidak dilindungi insurans sekiranya berlaku kemalangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast