Dua individu yang disifatkan sebagai penjenayah tegar dan disyaki terbabit dalam beberapa siri kes samun di sekitar Lembah Klang maut malam tadi.Kedua-dua mereka ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, di Kajang, Selangor.















