Kredit ZK Racing

KUALA LUMPUR – Pelumba meningkat naik Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli mencipta sensasi apabila menduduki tempat ketiga pada perlumbaan Grand Prix Itali di Litar Mugello sebentar tadi.

Pelumba berusia 18 tahun yang memulakan aksi di petak utama konsisten kelompok hadapan pada lima lap pertama.

Beliau bagaimanapun ketigalan di kelompok tengah pada laluan lurus terpanjang di GP Itali itu.

Hakim Danish bagaimanapun berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga selepas berhasil memintas semula pelumba lain sebelum tiba di selekoh terakhir, sekali gus menaiki podium pada perlumbaan berprestij itu.

Kejayaan itu merupakan podium pertama buat Hakim Danish selepas tujuh perlumbaan musim ini.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast