Video tular di media sosial yang mendakwa sebuah kenderaan pacuan empat roda polis mengiringi beberapa kenderaan warga asing di Tanjung Minyak, Melaka dipercayai telah disunting dengan menggabungkan rakaman dua lokasi berbeza.

MELAKA – Video tular di media sosial yang mendakwa sebuah kenderaan pacuan empat roda polis mengiringi beberapa kenderaan warga asing di Tanjung Minyak di sini, dipercayai disunting dengan menggabungkan rakaman dua lokasi berbeza.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Halim Abas berkata, hasil semakan mendapati, rakaman yang memaparkan kenderaan pacuan empat roda polis keluar dari satu simpang sememangnya dirakam berhampiran Masjid Tun Mohd Khalil Yaakub di Tanjung Minyak.

Bagaimanapun jelasnya, anggota terbabit bukan sedang mengiringi mana-mana kenderaan sebaliknya beberapa kenderaan lain kebetulan turut bergerak keluar pada masa yang sama.

“Manakala rakaman yang memaparkan kenderaan warga asing pula dipercayai dirakam di lokasi berbeza dan bukannya di Tanjung Minyak seperti yang didakwa menerusi komen di dalam video tular itu.

“Jika diteliti, gambar dan lokasi dalam kedua-dua rakaman itu tidak sama yang mana video berkenaan dipercayai telah diedit dengan menggabungkan dua situasi berbeza sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas

Terdahulu, tular klip video berdurasi 28 saat di TikTok dengan kapsyen ‘PDRM boleh tak rakyat dapatkan penjelasan kenapa warga asing ini semua perlukan pengiring?’

Dalam video sama menunjukkan kenderaan dipercayai milik warga asing di satu kawasan tanah merah sedang berkumpul di lokasi lain sebelum dipercayai digabungkan dengan video asal kenderaan polis di Tanjung Minyak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast