Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan,

KUALA LUMPUR – Agama bukan bahan jenaka, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dr Zulkifli Hasan berkata, Islam melarang mempermainkan agama apatah lagi memperlekeh Rasulullah SAW, katanya dalam hantaran media sosialnya.

Adab kepada Baginda (Nabi Muhamad SAW) mencerminkan iman dan taqwa, katanya merujuk ayat 59, Surah An-Najm dalam al-Quran.

Walaupun Zulkifli tidak menamakan siapa amaran ditujukan namun difahamkan ia ada kaitan dengan isu pempengaruh mengeluarkan kiasan lawak berhubung Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, “2026 saya menjangkakan, tiada lagi orang akan ingat pada Nabi”.

Terdahulu, ahli kumpulan sebuah saluran YouTube terkenal, Muhammad Syahmie tampil membuat permohonaan maaf berhubung kenyataannya yang telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Dalam permohonan maaf itu, Syahmie mengakui kenyataan dikeluarkannya adalah satu kesalahan besar sepanjang penglibatannya dalam dunia content creator.

Syahmie bagaimanapun menegaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk menghina agama sendiri tetapi ucapan tersebut hanyalah bersifat kiasan agar masyarakat saling mengingati tentang agama Islam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast