Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR – “Nak tanya juga kepada pemimpin PH (Pakatan Harapan) Ketika PM9 bubarkan Parlimen dulu, kenapa tidak mahu buat sekali ya?

“Kan bagus buat sekali tidak membazirkan duit rakyat
Nak tanya kepada pemimpin PH juga, masa buat Langkah Kajang dan Langkah Pot Dickson itu tak membazirkan duit rakyat ke?” soal Ketua Pemuda UMNO.

Datuk Dr Akmal Salleh berkata demikian sebagai respon kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor, Datuk Dr Zaliha Mustafa.

Dr Zaliha dalam ceramahnya malam ini menganggap kerajaan negeri membazir wang RM90 juta untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Wang itu, menurut bekas Menteri Kesihatan itu lebih wajar digunakan untuk pembangunan rakyat daripada membuat PRN secara mendadak.

Dr Akmal menambah, dakwaan itu menunjukkan selama ini PH bersifat hipokrit.

“Kalau kamu buat boleh,tapi orang lain buat bazirkan duit rakyat pula Hipokrit namanya tu!” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast