Pengumpul jersi vintaj, Azry Azazan menunjukkan jersi vintaj pasukan Jepun sempena Piala Dunia 1998 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 07 JUN 2026.
KUALA LUMPUR – Minat yang bermula sejak zaman persekolahan mendorong Azry Azazan untuk mengumpul lebih 400 helai jersi bola sepak vintaj. Koleksinya kini merangkumi pelbagai pasukan kebangsaan yang pernah beraksi di pentas Piala Dunia. Bagi Azry, hobi ini memberikan kepuasan tersendiri kerana setiap jersi membawa nilai sejarah dan identiti yang unik. Beliau lebih menggemari rekaan vintaj berbanding rekaan moden kerana susun aturnya yang lebih menarik, berwarna-warni, dan fancy, menjadikan setiap helaian begitu istimewa. Selain itu koleksi Azry juga merangkumi jersi ‘rare’ kelab gergasi bola sepak yang pernah mencetuskan fenomena bersejarah.
Pengumpul jersi vintaj, Azry Azazan memeriksa koleksi-koleksi jersi vintaj dari pelbagai negara sempena Piala Dunia ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Presint 6, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 07 JUN 2026.Pengumpul jersi vintaj, Azry Azazan menunjukkan ‘watermark’ yang terdapat pada jersi-jersi vintaj yang menjadikan koleksi-koleksi miliknya lebih bernilai, ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Presint 6, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 07 JUN 2026.Pengumpul jersi vintaj, Azry Azazan menunjukkan jersi vintaj pasukan Mexico sempena Piala Dunia 1998 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Presint 6, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 07 JUN 2026.Pengumpul jersi vintaj, Azry Azazan menunjukkan koleksi jersi pemain bolasepak legenda, Maradona dari Argentina miliknya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 07 JUN 2026.Pengumpul jersi vintaj, Azry Azazan menunjukkan jersi paling berharga baginya iaitu kelab gergasi Liga Inggeris, Manchester United yang lengkap dengan tandatangan legenda David Beckham ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Presint 6, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 07 JUN 2026.