KUALA LUMPUR – Sedang mencari percutian pendek yang penuh keselesaan dan momen bermakna di luar ibu kota? Apa kata kali ini, anda memilih pakej Stay & Steamboat Getaway di Villea Port Dickson.
Ia diibaratkan pilihan sempurna sama ada untuk percutian santai bersama keluarga, percutian menyeronokkan bersama rakan atau me time yang menenangkan diri.
Anda boleh memilih penginapan terbaik mengikut jumlah tetamu dengan pakej yang tersedia daripada dua hingga enam tetamu bagi satu bilik.
Semua pilihan ini memastikan pengalaman percutian yang selesa, menyeronokkan dan sesuai untuk pasangan, keluarga mahupun kumpulan rakan yang bercuti bersama.
Bayangkan anda melangkah masuk ke bilik yang selesa dan berkonsepkan suasana tepi laut, menikmati ketenangan ruang penginapan sambil menantikan malam anda ditemani hidangan steamboat yang lazat, panas dan menyelerakan.
Steamboat istimewa itu menampilkan aneka pilihan daging segar, hasil laut berkualiti, sayur-sayuran segar termasuk sayur “from hydroponic farm into plate” khas di Villea Port Dickson serta pelbagai bahan tambahan seperti tauhu, cendawan dan mi.
Hidangan ini dipadankan dengan dua pilihan sup iaitu sup ayam yang ringan dan menyenangkan serta aromatik sup tomyam yang membangkitkan selera bersama aneka sos pencicah yang melengkapkan rasa.

Suasana santai dan interaktif secara al-fresco ini mencipta momen bermakna yang mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Untuk keselesaan mengikut kumpulan, Villea menawarkan pilihan bilik Superior, Deluxe dan Executive untuk dua tetamu manakala kumpulan sehingga enam boleh memilih 3-Bedroom Apartment atau 3-Bedroom Pool Terrace.
Keesokan paginya, anda akan menikmati sarapan bufet yang meriah dengan pilihan yang pelbagai daripada hidangan barat kepada hidangan Asian seperti nasi lemak, roti canai dan bubur bersama lauk tempatan.
Turut disediakan pilihan pastri segar seperti croissant dan roti, serta pilihan sihat seperti yogurt, muesli, salad dan buah-buahan segar.
Sarapan yang lengkap ini bukan sahaja memuaskan selera tetapi juga memberikan tenaga untuk anda meneroka keindahan semula jadi di sekitar Port Dickson.
Dengan harga bermula dari RM307+, pakej ini menawarkan kombinasi nilai hebat, keselesaan dan pengalaman kulinari yang memuaskan.
Sama ada anda merancang percutian hujung minggu atau rehat di pertengahan minggu, percutian makan-makan yang hangat, enak dan penuh kenangan ini sentiasa menanti — dicipta khas untuk anda.
Sementara itu, Villea Port Dickson terletak 200 meter dari Cape Rachado di Tanjung Tuan, sebuah kawasan rizab alam semula jadi seluas 80 hektar.
Kawasan berbukit ini merupakan tempat berlindung hidupan liar yang diwartakan, menampilkan rumah api bersejarah dengan pemandangan teluk dan persisiran pantai yang memukau.
Lokasi ini juga terkenal sebagai tempat memerhati burung serta destinasi pelancongan pantai popular seperti Blue Lagoon dan Pantai Cermin. Di Villea Port Dickson, para pengunjung boleh mendaki hutan tropika dan menikmati kawasan persisiran laut. – MalaysiaGazette

















