Antara aktivit yang dijalankan dalam Program GOLD

KUALA LUMPUR – Seramai 30 mahasiswa daripada Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin, Universiti Malaya (UM) menyantuni 70 warga emas di Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kampung Sungai Sekamat menerusi program khidmat masyarakat dikenali sebagai Generation Overcoming Limits & Distances (GOLD).

Program itu merupakan inisiatif Kelab 9Cares di bawah Jawatankuasa Kerja Perkembangan Kebajikan dan Kemasyarakatan (JKP KEMAS) dengan kerjasama Projek Al-Ikhwan di bawah Jawatankuasa Kerja Perkembangan Kerohanian dan Perpaduan (JKP KEP) Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin.

Setiausaha Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin, Nur Adlin Dina Zulkifli berkata, program yang dijalankan pada 23 Mei lalu itu,  dirangka bagi merapatkan jurang generasi di samping memupuk nilai empati, keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa.

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk senaman ringan, sukaneka, permainan interaktif, teka lagu klasik serta aktiviti seni kolaj.

Menurutnya, interaksi secara langsung bersama penghuni pusat jagaan memberi peluang kepada pelajar memahami realiti kehidupan golongan warga emas dengan lebih dekat.

“Kami berharap pengalaman ini dapat membentuk sahsiah mahasiswa yang lebih matang serta menggalakkan mereka untuk terus aktif dalam aktiviti kesukarelawanan pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahasiswa UM menyantuni warga emas

Sepanjang program yang bermula seawal pukul 8 pagi itu, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk senaman ringan, sukaneka, permainan interaktif, teka lagu klasik serta aktiviti seni kolaj.

Suasana turut dimeriahkan dengan sesi karaoke santai yang menampilkan lagu-lagu nostalgia popular nyanyian seniman terdahulu seperti Tan Sri P. Ramlee, Jeffrydin dan A. Ramlie.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program GOLD

Selain itu, peserta program turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur, barangan pewangi, sumbangan khas dan cenderamata kepada penghuni serta kakitangan pusat jagaan.

Antara Warga emas yang terlibat dalam program GOLD

Keseluruhan sumbangan bernilai RM1,632.60 itu diperoleh hasil kutipan dana dan tajaan bersama sekretariat 9Cares serta Projek Al-Ikhwan.

Program berkenaan diakhiri dengan majlis makan tengah hari dan sesi fotografi sebagai kenangan antara mahasiswa dan warga emas yang terlibat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast