Gambar ihsan JBPM Pahang

KUANTAN – Empat termasuk seorang bayi berusia setahun maut akibat tersepit selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 43.2 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) petang tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat JBPM Pahang, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohd Salahuddin Isa, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 4.35 petang.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda City dinaiki empat individu dengan sebuah lori treler membawa muatan habuk kayu.

“Pihak bomba tiba di lokasi dan mendapati kereta itu dihempap lori terbabit dan bomba menggunakan alatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta berkenaan.

“Operasi turut dibantu PBS Elektriksolar Janda Baik dan jentera berat (shovel) daripada pihak LPT untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Salahuddin, mangsa yang maut dikenali sebagai A. Halim Hasoon, 55; Rozita Buang, 58; Norbahyah A. Halim, 26, dan Nayla Afya Aizat, 1, manakala pemandu lori yang berusia 40 tahun hanya mengalami kecederaan.

Katanya, kesemua mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu lori diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diberikan rawatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast