Seorang pelajar sekolah maut dalam keadaan tragis selepas mangsa dan motosikal ditungganginya dilanggar sebuah lori dalam nahas di Jalan Sungai Siput, Lubok China, Alor Gajah, semalam.

ALOR GAJAH – Seorang pelajar sekolah maut dalam keadaan tragis selepas mangsa dan motosikal ditungganginya dilanggar sebuah lori dalam nahas di Jalan Sungai Siput, Lubok China, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 1.48 petang itu, mangsa, pelajar Tingkatan 2, Muhammad Muiszudin Mohamad Yusof, 14, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dari arah rumahnya menuju ke Lubok China.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang kanan sebuah Perodua Viva yang berada di hadapannya.

“Pelanggaran mengakibatkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lori tangki yang sedang bergerak dari arah Lubok China menuju ke Simpang Ampat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seorang pelajar sekolah maut dalam keadaan tragis selepas mangsa dan motosikal ditungganginya digilis sebuah lori dalam nahas di Jalan Sungai Siput, Lubok China, Alor Gajah, semalam.

Tambahnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada keseluruhan badan manakala pemandu Perodua Viva berusia 32 tahun dan pemandu lori tangki berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
dan ketiga-tiga kenderaan yang terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut di Puspakom.

Kejadian tragis mangsa tercampak sebelum digilis lori itu tular di media sosial mengundang simpati orang ramai.

“Polis turut mengesan rakaman kamera dashcam yang dipercayai merakam kejadian tersebut bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Loh Gia Xao di talian 019-5382353 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, kejadian tragis mangsa tercampak sebelum digilis lori itu tular di media sosial mengundang simpati orang ramai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast