TOKYO – Harga minyak menjunam lebih empat peratus pada Isnin selepas Amerika Syarikat (AS) dan Iran mencapai persetujuan untuk menamatkan perang di Asia Barat.


TOKYO – Harga minyak menjunam lebih empat peratus pada Isnin selepas Amerika Syarikat (AS) dan Iran mencapai persetujuan untuk menamatkan perang di Asia Barat.
Minyak mentah penanda aras West Texas Intermediate (WTI) susut 4.39 peratus kepada AS$81.15 setong dalam dagangan di Tokyo selepas negara pengantara, Pakistan memaklumkan AS dan Iran telah bersetuju dengan satu perjanjian damai serta penamatan operasi ketenteraan secara serta-merta dan kekal di semua medan konflik, termasuk di Lubnan. – AFP