Jenazah empat beranak yang maut selepas kereta dinaiki dihempap treler membawa muatan habuk kayu yang terbalik di KM43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Karak, Bentong pada pada semalam selamat dituntut oleh ahli di bilik mayat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) pada jam 1.30 petang tadi

TEMERLOH – Keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan selepas dihempap treler semalam menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang positif dadah sehingga menyebabkan kehilangan nyawa orang awam yang tidak bersalah.

Menurut abang mangsa Jamlus Buang, tindakan undang-undang perlu diketat supaya tidak mudah lepas tangan selepas mengakibatkan mangsa yang tidak bersalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab.

Insiden semalam menyebabkan empat nyawa ahli keluarganya melayang ialah A Halim Hasoon, 55, Rozita Buang, 58, Norbahyah A Halim, 26 dan Nayla Afya Aizat, setahun.

Screenshot

Ujarnya kejadian yang meragut nyawa insan tersayang mereka bukan sekadar satu kemalangan biasa, sebaliknya berpunca daripada tindakan tidak bertanggungjawab individu yang memilih untuk memandu dalam keadaan tidak layak dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Justeru keluarga berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang.

“Polis mengesahkan pemandu treler positif dadah dalam laporan polis pagi tadi.

“Keluarga harap tindakan sekeras  diambil diambil tindakan undang sewajarnya kerana kes selalu berlaku.

“Pemandu seperti ini tidak harus berada di dalam dijalan raya sebab kerana menyebabkan kematian orang lain yang tidak bersalah,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) hari ini.

Dalam pada itu keluarga mangsa tidak menolak kemungkinan tindakan saman sivil akan menyusul bagi mendapat tuntukan keadilan.

“Tindakan saman saya masih dalam perhincangan dan buat masa ini saya tengah uruskan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), InsyaAllah,” katanya ketika diminta reaksi tuntutan saman terhadap pemandu treler berkenaan.

Tambahnya, amat menyedihkan apabila seseorang yang tidak melakukan sebarang kesalahan menjadi mangsa akibat kecuaian pihak lain yang memandu di bawah pengaruh bahan terlarang.

Jamlus sekeluarga sekali gus tidak mahu tragedi yang menimpa keluarga kami berulang kepada keluarga lain.

“Mereka yang mengambil dadah dan kemudian memandu perlu berdepan hukuman setimpal kerana tindakan mereka boleh meragut nyawa orang yang tidak bersalah,” katanya.

Terdahulu, pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat nyawa di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) semalam, didapati positif dadah.

Keputusan ujian saringan mendapati lelaki itu positif dadah jenis Methamphetamine dan tangkapan telah dibuat ke atas pemandu terbabit kira-kira 4 pagi tadi.

Tambahnya sebelum ini, pemandu lori berkenaan juga dikesan mempunyai 15 rekod saman trafik.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendent Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki berusia 40 tahun itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk ujian saringan air kencing, sejurus selesai rawatan di hospital.

Pada semalam, empat termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dinaiki dihempap treler membawa muatan habuk kayu yang terbalik di KM43, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Karak, Bentong pada Ahad.

Menurut kenyataan oleh pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.35 petang Ahad.

Semua mangsa  tersepit dalam kereta berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan manakala pemandu treler berbangsa india hanya mengalami kecederaan.

Jenazah mangsa kemudian dihantar ke HOSHAS untuk dilakukan proses bedah siasat dan semua jenazah dituntut jam 1.30 petang tadi.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Besar Temerloh dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mempaga 1, Bera selepas Asar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast