Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

SEPANG – Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dijangka mula beroperasi kepada orang ramai menjelang penghujung bulan ini selepas proses percubaan operasi berjalan lancar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, semua persiapan utama telah siap dan tarikh rasmi pembukaan akan diumumkan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.

Trial operation sudah bersedia dan kita menjangkakan LRT3 dapat mula beroperasi menjelang penghujung bulan ini.

“Tarikh spesifik pembukaan akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-62 Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) di Hotel Sama-Sama KLIA di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bercakap pada sidang media selepas selesai menyampaikan perutusan pada Mesyuarat Agung Tahunan MKJR Malaysia Ke-62 serta mengumumkan peruntukan RM30,000 kepada setiap MKJR negeri di Hotel Sama-Sama KLIA, Sepang. Foto MUHAIMIN MARWAN, 15 Jun 2026.

LRT3 yang menghubungkan kawasan strategik di Lembah Klang dijangka memberi manfaat kepada ratusan ribu pengguna dengan menawarkan pilihan pengangkutan awam yang lebih cekap, selesa dan berkapasiti tinggi.

Pembukaan laluan baharu itu juga dijangka membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas serta memperkukuhkan jaringan pengangkutan awam bersepadu di kawasan metropolitan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast